Assalamualaikum/ Salam sejahtera;
Rakan sekalian,
Saya ingin mendapatkan cadangan daripada tuan/puan seram 2 cadangan nama ketua dan penolong ketua Zon 1, zon2, zon 3 dan zon4. Senarai nama gbk ada dalam blog ini dengan pembahagian zon. Sila hantar nama cadangan sama ada email atau dalam blog ini. Alam email "lautoahmadyassin@yahoo.com". Terima kasih.
Tuesday, August 31, 2010
Friday, August 27, 2010
CADANGAN PEMBAHAGIAN ZON BARU MGKKJB 2010
Berikut adalah cadangan pembahagian sekolah menengah mengikut zon dalam daerah Johor Bahru. Sila berikan respon atau cadangan/ persetujuan sama ada melalui blog ini atau hantar ke alamat email berikut "lautoahmadyassin@yahoo.com" untuk mencari keputusan yang terbaik demi melancarkan aktiviti MGKKJB di masa akan datang.
CADANGAN PEMBAHAGIAN ZON DAERAH JOHOR BAHRU 2010
MGKK JOHOR BAHRU
| MGKKJB ZON 1 | | MGKKJB ZON 2 |
| 1.SMK BANDAR BARU UDA 2.SM TEKNIK TANJUNG PUTERI 3.SMK TASEK UTARA 4.SM TEKNIK PERDAGANGAN 5.SMK TASEK UTARA 2 6.SM TEKNIK JOHOR BAHRU 7.SEKOLAH TUN FATIMAH 8.SM TEKNIK (ERT) AZIZAH 9.SMK SRI TEBRAU 10.SMK TAMAN PELANGI 11.SMK TUN SYED NASIR ISMAIL | | 1.SMK SULTAN ISMAIL 2.SMK AMINUDDIN BAKI 3.SMK SAINT JOSEPH 4.SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH 5.SMK (P) SULTN IBRAHIM 6.SMK I.J. CONVENT 7.MAKTAB SULTAN ABU BAKAR 8.SM SENI JOHOR BAHRU 9.SMK MOHD. KHALID 10.SMA AL-QURAN WADDIN (SABK) 11.SMK DATO’ JAAFAR |
| MGKKJB ZON 3 | | MGKKJB ZON 4 |
| 1.SMK TAMAN SUTERA 2.SMK TAMAN TUN AMINAH 3.SMK SERI PERLING 4.SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN 5.SMK DATO’ USMAN AWANG 6.SMK IMPIAN EMAS 7.SMK KEMPAS 8.SMK BUKIT INDAH 9.SMK SELESA JAYA 10.SMK SRI RAHMAT 11.SMK DAMAI JAYA | | 1.SMK TANJUNG ADANG 2.SMK DESA SKUDAI 3.SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 4.SMK TAMAN SELESA JAYA 2 5.SMK TAMAN UNIVERSITI 6.SMK TAMAN UNIVERSITI 2 7.SMK TAMAN MUTIARA RINI 8.SMK TAMAN MUTIARA RINI 2 9.SMK TAMAN NUSA JAYA 10.SMK GELANG PATAH 11.SMK SKUDAI |
Tuesday, August 24, 2010
Perkembangan MGKK Johor Bahru 2010 - Peralihan Pimpinan
7 Ogos 2010(Sabtu) - Majlis Guru Bimbingan dan kaunseling Kebangsaan Daerah Johor Bahru ( MGKKJB) telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Johor Bahru Tahun 2010 bertempat di Sunway Kolej Johor Bahru. Antara pengisian kursus ini adalah Ceramah daripada Tn. Hj. Ahmad Taufik bin Hamzah (Penolong PPD Johor Bahru), dan ceramah daripada YM Raja Mazlan bin Raja Shahadan (Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat Agung MGKKJB mengakhiri slot sebelah petang menyaksikan peralihan pucuk pimpinan MGKKJB. Pengerusi MGKKJB yang baru adalah Tn.Hj. Ahmad Yassin Bin Lauto dari SMK Taman Universiti (seperti dalam gambar di atas.). Aktiviti yang dijalankan yang pertama adalah bekerjasama dengan PPDJB untuk taklimat Permohonan Sekolah Berasrama Penuh TIngkatan 4 Tahun 2011. Taklimat ini diberikan oleh pihak PPDJB kepada semua wakil Guru Bimbingan Kaunseling Johor Bahru. Pengerusi MGKKJB yang baru telah mengadakan survey keperluan kepada guru bimbingan kaunseling tentang aktiviti yang diperlukan tahun ini. Borang Penilaian aktiviti itu telah diedar melalui email masing-masing. Satu mesyuarat AJK tertinggi MGKKJB akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan pemilihan AJK kecil dan aktiviti yang ingin dijalankan selepas ini.
Sunday, August 22, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)