Tuesday, August 24, 2010

Perkembangan MGKK Johor Bahru 2010 - Peralihan Pimpinan

7 Ogos 2010(Sabtu) - Majlis Guru Bimbingan dan kaunseling Kebangsaan Daerah Johor Bahru ( MGKKJB) telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Johor Bahru Tahun 2010 bertempat di Sunway Kolej Johor Bahru. Antara pengisian kursus ini adalah Ceramah daripada Tn. Hj. Ahmad Taufik bin Hamzah (Penolong PPD Johor Bahru), dan ceramah daripada YM Raja Mazlan bin Raja Shahadan (Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat Agung MGKKJB mengakhiri slot sebelah petang menyaksikan peralihan pucuk pimpinan MGKKJB. Pengerusi MGKKJB yang baru adalah Tn.Hj. Ahmad Yassin Bin Lauto dari SMK Taman Universiti (seperti dalam gambar di atas.). Aktiviti yang dijalankan yang pertama adalah bekerjasama dengan PPDJB untuk taklimat Permohonan Sekolah Berasrama Penuh TIngkatan 4 Tahun 2011. Taklimat ini diberikan oleh pihak PPDJB kepada semua wakil Guru Bimbingan Kaunseling Johor Bahru. Pengerusi MGKKJB yang baru telah mengadakan survey keperluan kepada guru bimbingan kaunseling tentang aktiviti yang diperlukan tahun ini. Borang Penilaian aktiviti itu telah diedar melalui email masing-masing. Satu mesyuarat AJK tertinggi MGKKJB akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan pemilihan AJK kecil dan aktiviti yang ingin dijalankan selepas ini.

1 comment:

RUHIZA AB RAHIM said...

TAHNIAH TN.HJ.

DI SINI SAYA AMBIL KESEMPATAN MEMOHON MAAF ATAS KETIDAKHADIRAN SAYA PADA HARI TSB KERANA BERTUGAS DI TEMPAT LAIN.

RASA INGIN TAHU KANDUNGAN CERAMAH YANG TELAH DISAMPAIKAN ITU. ADA KAH RAKAN-RAKAN LAIN BOLEH MEMBANTU?